MUHUAMAD NUR SAFI"I

Jumat, 04 Juni 2010

PANITIA SEJARAH SMK BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU

PANITIA PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui pengetahuan dan penghayatansejarah tanahair dan sejarah negara luar. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.


Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat denga kaedah’ chalk and talk’ malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah.

Layari blog kami

http://panitiasejarahsmkbbu.blogspot.com/

0 komentar:

Posting Komentar